Isnin, 13 Mac 2017

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH



1. Pentaksiran Sumatif 1 (Tarikh: 13-15 Mac 2017).







Musim pentaksiran sumatif atau peperiksaan atau Ujian Penilaian Prestasi Murid atau apa pun nama yang dilabelkan mengikut citarasa di pihak kementerian, jabatan atau pejabat pendidikan (bosses)  membuka tirainya hari ini, Isnin, 13 Mac 2017.

Azam SUP yang tak bertauliah dan masih mengintai-intai rasional program yang cakap tak serupa bikin dan buat tak serupa objektif ini, demi merealisasikan kata-kata keramat setiap penjawat awam....Saya Yang Menurut Perintah.

Peperiksaan bagi saya ialah penyamaran sempurna untuk budaya hakiki seorang pendidik iaitu budaya refleksi dan muhasabah. Markah murid itulah penanda aras berkesankah proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas seseorang guru mata pelajaran atau sebaliknya. Ujian adalah cermin untuk saya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan PdP saya dan membantu saya memperbaiki pelaksanaan pdp pada masa akan datang.
Bukannya melauan borang demi borang, laporan demi laporan dan kerenah politik dan birokrasi dari pelbagai peringkat dan lapisan. Masa bekerja saya ialah bersama murid, bukan mengadap mesyuarat demi mesyuarat, kursus dan bengkel yang menuntut masa, tenaga dan jarak yang bukan sedikit.

Doa dan harapan saya semoga Allah mencukupkan tenaga dan sumber kami para guru untuk melunaskan amanah sebagai pendidik, melimpahkan kami dengan hikmah, kesabaran dan kesihatan dalam menjalankan tugas kami serta membuka seluas-luasnya pintu rahmat, ilmu yang berguna dan kebijaksanaan buat anak-anak didik kami yang dikasihi seta buat ibu bapa dan keluarga mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan